Senin, 26 Oktober 2009

Sannin



Sannin - Dari kiri: Tsunade, Orochimaru dan Jiraiya
Sannin (伝説の三忍, "Tiga Ninja Lagenda") atau "Densetsu no Sannin" adalah gelaran yang diberikan kepada ahli Pasukan Sarutobi iaitu Jiraiya, Orochimaru dan Tsunade. Gelaran tersebut diterima setelah mereka bertarung dengan "Salamander" Hanzo dari Kampung Hujan. Pertarungan sengit yang berlangsung agak lama itu berakhir dengan kekalahan mereka bertiga kepada Hanzo. Hanzo mengakui sangat kagum dengan semangat juang dan kehandalan mereka bertiga, berjanji melepaskan mereka bertiga sekiranya mereka mematuhi syarat untuk menerima gelaran Sannin tersebut.
Sannin sangat dikenali kerana kebolehan, kuasa dan skil yang mereka miliki, di mana setiap seorang daripada mereka memiliki kebolehan bertahap Kage melalui cara mereka sendiri. Nama mereka meniti di bibir semua penduduk di dunia ninja. Kini, hanya tinggal seorang sahaja sannin iaitu Tsunade. Jiraiya dan Orochimaru telah dibunuh masing-masing oleh Pain dan Sasuke/Itachi. Melalui plot cerita terkini, Pain juga turut mencuba untuk membunuh Tsunade tetapi dihalang oleh Naruto.

Ahli-ahli Sannin

Jiraiya si "Pendeta Kodok" (Gama Sennin), "Pendeta Miang" (Ero Sennin) seperti gelaran yang diberikan oleh Naruto kepadanya. Jiraiya secara umumnya dipersetujui sebagai Sannin yang paling hebat berdasarkan kepada kepelbagaian teknik yang berasaskan Ninjutsu Kodok.
Orochimaru si "Ular Putih". Orochimaru merupakan ninja pelarian yang sangat dikehendaki dan merupakan pengasas dan ketua kepada Otogakure no Sato. Orochimaru dikenali kerana kebolehannya menggunakan teknik berasaskan ninjutsu ular dan juga pelbagai jutsu larangan.
Tsunade si "Lintah Bulan". Tsunade juga digelar sebagai "Puteri Tsunade" (Hime) kerana dia merupakan cucu kepada Hokage Pertama, "Gadis Lintah" kerana kebolehannya menyeru lintah seperti yang dinyatakan oleh Chiyo. Tsunade sangat dikenali kerana kebolehannya dalam bidang perubatan nin, kekuatan fizikal luar biasa (teknik kawalan chakra) dan kebolehan penyembuhan yang takjub. "Nenek Tua" (Baa-chan) adalah gelaran yang diberikan oleh Naruto kepada Tsunade kerana dia sudah berumur melebihi 50 tahun.

Trivia

Ketika penghujung Plot I siri ini, setiap seorang daripada Sannin ini telah mengambil salah seorang ahli Pasukan 7 sebagai perintis sambil mewariskan kebolehan dan pengetahuan kepada mereka.
Jiraiya - Naruto Uzumaki, mewariskan kebolehannya untuk menyeru Kodok, teknik Rasengan, Mod Pendeta (Sage Mode) dan juga sifat "mata keranjangnya" secara tidak langsung.
Tsunade - Sakura Haruno, mewariskan kebolehannya dalam bidang perubatan nin, kekuatan luarbiasa (kebolehan mengawal chakra) dan perangai panas baran secara tidak langsung. Akan tetapi, yang menjadi perhatian ialah kecantikannya.
Orochimaru - Sasuke Uchiha, mewariskan kebolehannya untuk menyeru ular dan sesetengah jutsu larangan.
Setiap Sannin pernah mengajar ninja lain selain ahli Pasukan 7. Jiraiya pernah mengajar enam orang ninja yang lain selain Naruto iaitu Nagato, Konan, Yahiko dan ahli Pasukan Jitraiya iaitu Minato Namikaze. Bagi Tsunade, dia pernah mengajar Shizune. Manakal bagi Orochimaru, dia pernah mengajar Anko Mitarashi. Minato terbunuh setelah mengunci Kyuubi di dalam badan Naruto, Shizune pula telah mati dibunuh oleh Pain manakala Anko amsih hidup dan sedang memburu Kabuto bersam dengan Yamato dan Sai.
Walaupun dianggap sebagai ninja berkuasa dalam pertarungan yang pernah dihasilkan oleh Konoha, namun mereka masing-masing memilih jalan dan cara hidup sendiri dengan pelbagai alasan dan sebab. Orochimaru menyertai Akatsuki dan kemudiannya mengembangkan kebolehannya dalam menghasilkan jutsu larangan. Jiraiya pula mengembara mencari Orochimaru dan rahsia mengenai Akatsuki sambil menyiapkan buku hasil karyanya sendiri. Manakala Tsunade pula, hilang kepercayaan kepada kebolehan menyembuhkan orang yang dimilikinya lalu menyembunyikan diri suatu ketika dahulu.

0 komentar:

Posting Komentar

New

About Me

Followers

Text

Text

Free Download Movies
Sebagai contoh untuk menu Dropdown milik saya :
'RSS

250 Px

Powered By Blogger
Mozilla Firefox Free Download
Free Software Tips & Download
Info Lowongan Kerja