Senin, 26 Oktober 2009

Ninjutsu (Naruto)

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Ninjutsu (忍術, "Teknik Ninja") secara umumnya merujuk kepada sebarang teknik ninja yang menggunakan kuasa chakra untuk membenarkan penggunanya melakukan suatu gerakan atau tindakan yang mana mungkin boleh dianggap mustahil atau sukar dilakukan. Tidak seperti genjutsu, ninjutsu memberikan efek yang lebih nyata terhadap mangsanya berbanding genjutsu yang hanya menyebabkan gangguan ilusi.

Ninjutsu bergantung kepada penggunaan chakra secara lazimnya, di mana ia memerlukan kombinasi dan susunan tertentu proses tanda ikatan untuk mengaktifkannya. Pengguna akan membuat beberapa susunan tanda ikatan untuk mengolah chakra miliknya agar bersesuaian dengan jutsu yang ingin digunakan. Namun begitu, penggunaan kombinasi tanda ikatan tidaklah menjadi suatu kemestian kerana sesetengah jutsu yang dikelaskan senagai "mudah" telah menjadi suatu kebiasaan bagi sesetengah ninja berpengalaman. Ia membenarkan mereka melakukan jutsu-jutsu tersebut tanpa perlu melakukan kombinasi tanda ikatan.

Sebagai penambahan, sesetengah ninjutsu boleh diklasifikasikan sebagai jutsu elemen, di mana spesifik elemen (angin, air, api, kilat, tanah) digunakan ketika melancarkannya jutsu tersebut .

Genjutsu (Naruto)

Genjutsu (幻術; "Teknik Ilusi") merujuk kepada teknik yang dilakukan mengikut kaedah yang sama dengan Ninjutsu, memerlukan penggunaan chakra dan tanda ikatan untuk mengaktifkannya. Akan tetapi, genjutsu berfungsi untuk memberikan efek ilusi, mengakibatkan gangguan minda (akibat penyerakkan chakra di bahagian otak) dan menganggu daya kepekaan penerimanya. Genjutsu secara amnya digunakan dengan memberikan gambaran palsu atau menyebabkan kesakitan akibat rasa trauma (kerana badan penerima dipaksa mempercayai ia adalah suatu bentuk kesakitan), namun ia mempunyai banyak kegunaan lain bergantung kepada situasi dan keadaan tertentu. Ia tidak digunakan selalu seperti ninjutsu kerana ia tidak bersifat mencederakan fizikal pihak lawan, namun ada sesetengah ninja menjadikan diri mereka terkenal melalui penggunaan genjutsu yang berperingkat tinggi. Genjutsu dihasilkan melalui cara penyebaran chakra oleh penggunanya ke dalam sistem deria pusat penerimanya; mengakibatkan gangguan aliran chakra di bahagian otak seterusnya melumpuhkan fungsi lima deria rasa pihak lawan.

Terdapat dua kaedah yang boleh dilakukan untuk membalikkan atau membatalkan tindakan sesuatu genjutsu. Kaedah pertama adalah dengan menghentikan pengaliran chakra di dalam tubuh mereka kemudian mempergunakan kuasa chakra yang lebih kuat untuk mengganggu pengaliran chakra yang telah dimasukkan oleh pengguna genjutsu tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan melalui bantuan pihak kedua yang tidak diganggu genjutsu dengan cara memasukkan chakra mereka kepada badan pihak yang telah terkena genjutsu. Kaedah yang kedua adalah dengan cara mencederakan tubuh badan sendiri untuk menghasilkan "kesakitan" lalu mempergunakannya untuk mengembalikan deria kesedaran mereka (kaedah kedua didapati lebih efektif di dalam banyak situasi, atau boleh dianggap mudah dilakukan). Serangan genjutsu selalunya memerlukan banyak skil dan jika dilakukan dengan kaedah tidak tepat akan mengakibatkan ia gagal dilakukan. Serangan menggunakan genjutsu perlu menggunakan kebolehan pengawalan chakra yang bagus dan teknik tanda ikatan yang sempurna. Oleh kerana itu, genjutsu selalunya digunakan oleh ninja yang memiliki kebolehan mengawal chakra yang hebat dan memiliki day kepintaran yang tinggi.

Taijutsu (Naruto)

Taijutsu (体術; "Teknik Fizikal") merupakan bentuk asas sesuatu jutsu dan boleh dikatakan ianya suatu teknik yang tidak memerlukan sebarang penggunaan chakra, namun chakra boleh digunakan untuk menambahkan kekuatan dan daya perosak suatu teknik taijutsu itu. Taijutsu tidak memerlukan kombinasi tanda ikatan dan lebih mudah dan cepat untuk digunakan berbanding dengan ninjutsu dan genjutsu. Taijutsu boleh diterjemahkan sebagai pertempuran fizikal ataupun melalui penggunakan senjata.

Walaupun taijutsu digunakan oleh kebanyakkan ninja, namun Rock Lee dan gurunya iaitu Maito Gai menggunakan taijutsu secara khusus dan merupakan pakar kepada pelbagai bentuk serangan menggunakan taijutsu. Contoh kepada teknik taijutsu adalah seperti Dynamic Entry dan Tendangan Badai Konoha dan merupakan bentuk taijutsu yang mencederakan fizikal luaran penemrimanya. Ini berbeza dengan Teknik Lembut yang dipraktikkan oleh Klan Hyuga, di mana ia merupakan bentuk taijutsu yang merosakkan organ dalaman dan memerlukan penggunaan chakra yang banyak dan skil pengawalan yang bagus.

Taijutsu adalah teknik yang tepat untuk mana-mana ninja yang ingin menjimatkan masa dan chakra terutamanya bagi ninja yang mengutamakan serangan secara fizikal.

0 komentar:

Posting Komentar

New

About Me

Followers

Text

Text

Free Download Movies
Sebagai contoh untuk menu Dropdown milik saya :
'RSS

250 Px

Powered By Blogger
Mozilla Firefox Free Download
Free Software Tips & Download
Info Lowongan Kerja