Tanda Ikatan
Tanda Ikatan (印) dalam Naruto adalah suatu kaedah atau proses yang perlu dilakukan untuk mengaktifkan sesuatu jutsu; tidak kira sama ada Ninjutsu, Genjutsu atau lain-lain jutsu rahsia (melainkan Taijutsu). Terdapat turutan bentuk tanda ikatan yang berbeza bagi setiap jutsu yang berbeza; semuanya perlu diingati. Semua teknik atau jutsu memerlukan sejumlah bilangan bentuk tangan untuk dapat dihasilkan, namun ada sesetengah ninja yang mempunyai skil peringkat tinggi mampu melakukan teknik yang sama hanya dengan menggunakan bilangan bentuk tanda ikatan yang lebih kurang ataupun dengan jumlah yang sama. Sebagai contoh, Hokage Kedua hanya memerlukan satu bentuk tanda ikatan sahaja untuk mengaktifkan Gaya Lepas Sifat Air: Letupan Naga Air. Bagaimanapun, teknik tersebut pada asalnya memerlukan sebanyak 42 kombinasi bentuk tanda ikatan. Ini menunjukkan, perbezaan di antara skil dan keupayaan ninja yang berbeza.
[sunting] Tanda Ikatan asas
Terdapat dua belas bentuk tanda ikatan lazim, setiap satu daripadanya dinamakan mengikut nama haiwan di dalam Zodiak Cina.
- 子 (Ne, Tikus)
- 丑 (Ushi, Lembu)
- 寅 (Tora, Harimau)
- 卯 (U, Arnab)
- 辰 (Tatsu, Naga)
- 巳 (Mi, Ular)
- 午 (Uma, Kuda)
- 未 (Hitsuji, Kambing)
- 申 (Saru, Kera)
- 酉 (Tori, Ayam)
- 戌 (Inu, Anjing)
- 亥 (I, Khinzir)
Tanda Ikatan lain
Selain daripada dua belas tanda ikatan lazi, terdapat juga tanda ikatan unik yang digunakan untuk sesetengah jutsu tertentu. Tanda ikatan ini sangat jarang dilihat dan boleh dianggap sebagai suatu yang unik kepada jutsu tersebut. Sebagai contoh, Teknik Pemindahan Minda & Tubuh oleh Yamanaka Ino, Gaya Lepas Sifat Ais: Teknik Cermin Ais Ghaib oleh Haku, Teknik Klon Bayang Berganda oleh Uzumaki Naruto dan juga ketika berlatih Senjutsu.
0 komentar:
Posting Komentar