Senin, 26 Oktober 2009

Pangkat Ninja

Pangkat rasmi

Pelajar Akademi Ninja

Akademi Ninja adalah tempat untuk individu yang ingin menjadi ninja bermula: walaubagaimnapun, mereka tidak di terima sebagai ninja secara rasmi sehinggalah mereka lulus dan menamatkan pelajaran. Pelajar akademi menerima latihan asas yang pelbagai jenis. Pengunaan senjata seperti kunai, shuriken adalah pelajaran biasa. Di antara teknik yang diajar ialah:
  • Teknik Peniruan
  • Teknik Membuka Tali
  • Teknik Penukaran
  • Teknik Klon
  • Teknik Penyamaran

Selepas keluar dari ninja akademi semua pelajar yang layak menjadi ninja akan diberi pelindung dahi dengan simbol kampung masing-masing. Sesetengah kampung ninja seperti Konoha menyediakan ujian tambahan untuk memastikan sama ada mereka ini benar-benar bersedia menjadi ninja bertaraf Genin.

Golongan ini juga dikenali sebagai ninja taraf E.

Genin

Rencana utama: Genin
Lihat juga: Senarai Genin Konoha

Genin (下忍; Ninja Rendah?) merupakan ninja tahap D yang merupakan pangkat terendah di dalam sesebuah kampung. Genin akan mula ditugaskan dengan misi-misi remeh yang diterima oleh kampung setelah dibayar oleh klien. Biasanya golongan ini akan diamanahkan dengan misi pangkat-D (pangkat terendah) yang tidak berisiko dan memerlukan khidmat buruh. Jarang-jarang sekali Genin diberi misi pangkat-C yang dilihat sebagai misi ninja sebenar. Risiko yang ditanggung lebih tinggi tetapi tidak berapa berbahaya kerana mereka akan sentiasa ditemani oleh guru Jonin. Dewasa ini, Konoha mengalami masalah kekurangan ninja kelas atasan setelah diserang oleh Sunagakure dan Otogakure dan dipaksa untuk menghantar Genin ke misi pangkat-C atau yang lebih tinggi.

Genin bekerja di dalam satu pasukan-3-orang di bawah penyeliaan dan penjagaan seorang ninja senior bertaraf Jonin. Objektif pengaturan hal ini adalah memupuk semangat kerjasama antara ahli pasukan dan mengalami sendiri kehidupan ninja sebenar di bawah pengawasan seorang ninja elit. Pasukan-pasukan disusun bagi mengimbangi keupayaan ahlinya. Sebagai contoh, Uzumaki Naruto yang lulus dengan markah terendah diletakkan bersama-sama dengan Uchiha Sasuke dan Haruno Sakura yang masing-masing lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan keseluruhan dan peperiksaan bertulis. Sebuah pasukan tipikal terdiri daripada dua orang lelaki dan seorang perempuan.

Chunin

Chunin (中忍; Ninja Tengah?) ialah ninja kelas pertengahan yang bertanggungjawab memimpin dan memberi tunjuk ajar kepada ninja lain. Mereka telah mencapai tahap kematangan dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan mahir dalam teknik ninja. Sebahagian daripada mereka seperti Umino Iruka bertugas sebagai guru di Akademi manakala sebahagian lagi seperti Nara Shikamaru bertindak sebagai ketua pasukan yang perlu membuat keputusan dan menggunakan kemahiran shinobi sepasukan dengan sepenuhnya bagi menjamin kejayaan misi. Mereka biasanya ditugaskan dengan misi pangkat-C atau pangkat-B.

Untuk menjadi seorang Chunin, seorang Genin perlu menyertai Ujian Chunin. Ujian ini merangkumi tiga bahagian. Bahagian pertama menguji keupayaan mengumpulkan maklumat dan membuat keputusan. Bahagian kedua menguji kebolehan menjalankan sesuatu misi dan bahagian terakhir pula memerlukan calon-calon ujian berlawan dengan Genin lain dan diadili oleh pihak atasan. Tetapi, pemenang bagi perlawanan tersebut tidak semestinya akan dilantik sebagai Chunin. Maka, sesiapa sahaja yang berjaya melayakkan diri ke Bahagian Ketiga Ujian Chunin berpeluang untuk menjadi Chunin.

Pada masa lampau, setiap kampung mengadakan Ujian Chunin masing-masing. Selepas Perang Ninja Ketiga, kampung-kampung ninja yang bersekutu bersetuju untuk menjalankan Ujian Chunin bersama-sama bertempat di salah sebuah kampung terpilih. Tindakan ini boleh mengeratkan hubungan antara kampung dan menarik klien-klien berpotensi yang berhajat untuk mengupah khidmat ninja. Disebabkan pertambahan bilangan ninja di setiap kampung, Ujian Chunin diadakan dua kali setahun.

Jonin

Jonin (上忍; Ninja Atasan?) secara amnya ialah ninja yang berpengalaman dengan kemahiran ninja individu yang tinggi dan berkhidmat sebagai kaptain ketenteraan. Mereka biasanya ditugaskan dengan misi pangkat-A dan Jonin yang benar-benar berpengalaman mungkin akan ditugaskan dengan misi pangkat-S (sangat berisiko dan sukar untuk dilaksanakan). Mereka juga boleh ditugaskan untuk menjalani misi keseorangan. Kadang kala mereka boleh diamanahkan sebagai guru untuk pasukan Genin tiga orang. Masih belum dijelaskan perkara-perkara yang perlu dilalui untuk seseorang menjadi Jonin. Adalah diketahui bahawa kebanyakan Jonin boleh menggunakan sekurang-kurangnya jurus yang melibatkan dua unsur chakra, sesetengah Genjutsu dan kemahiran Taijutsu peringkat pertengahan.

Selain itu, terdapat juga Tokubetsu Jonin (特別上忍; Ninja Atas Khas?) atau nama singkatannya Tokujō, merupakan peringkat ninja atasan khas yang terdiri daripada individu atau ninja atasan yang memiliki kebolehan dan kemahiran individu yang tertentu, berbeza dengan ninja atasan biasa. Fungsi mereka boleh ibaratkan seperti fungsi pegawai waran di dunia nyata. Mereka selalunya akan ditugaskan di bawah pemerhatian ninja Jonin ketika khidmat mereka diperlukan.

Kage

Kage (影; Bayang?) merupakan gelaran yang diberikan kepada ketua-ketua di lima kampung ninja hebat dan secara amnya individu terhebat di kampung ninja tersebut. Tetapi, oleh sebab beberapa aspek perlu dinilai dalam pemilihan Hokage, tidak semestinya ninja yang terkuat dan terhebat akan dipilih sebagai Kage. Kelima-lima kage ini turut digelar sebagai Gokage (五影 Kage Berlima?).

Pangkat tidak rasmi

Majlis Tertinggi Konoha

Go-Ikenban (ご意見番; Majlis Tertinggi Konoha?) adalah anggota yang terlibat dalam membantu Hokage untuk mentadbir Konoha dan memastikan segala keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kepentingan kampung mereka. Mereka terdiri daripada Homura Mitokado dan Koharu Utatane.

Walaupun Hokage memiliki kuasa dalam memutuskan sesuatu perkara, anggota majlis tertinggi ini akan turut memberikan cadangan dan nasihat agar segala keputusan adalah bertepatan dan adil setelah diambil kira dari segala sudut. Kedua-dua mereka memiliki pengalaman dan pengetahuan yang tinggi dalam selok-belok pentadbiran di Konoha dan memegang peranan sosial yang hampir sama taraf dengan Hokage. Mereka turut mempunyai pengaruh yang tinggi dalam pentadbiran dan memiliki sokongan yang kuat dari penduduk Konoha. Mereka turut berperanan sebagai badan yang berkuasa untuk memilih pengganti Hokage.

Walaupun mereka bersahabat baik dengan Hokage Ketiga dan mempunyai pandangan yang sama dalam mentadbir Konoha, namun mereka dilihat lebih bersikap ketenteraan. Ini telah menimbulkan sedikit salah faham dan mengakibatkan mereka lebih berpihak kepada pesaing Hokage Ketiga iaitu Danzo dalam beberapa insiden. Antara insiden yang memberi kesan adalah isu pemberontakkan klan Uchiha. Walaupun Hokage Ketiga cuba menyelesaikan isu tersebut secara damai, mereka dan Danzo menganggap perkara tersebut sebagai suatu ancaman dan perlu ditentang dengan kekerasan. Ini kemudiannya menjurus kepada insiden pembunuhan Klan Uchiha yang hampir menyebabkan kumpulan tersebut hampir pupus.

Oleh kerana usia dan pengalaman yang mereka miliki, mereka menganggap Hokage Kelima iaitu Tsunade sebagai ninja yang tidak berpengalaman. Ini kadangkala mengundang konflik di antara mereka apabila terdapat pencanggahan pendapat, contohnya isu berkaitan Naruto di mana mereka berdua mahukan pergerakan Naruto diperbataskan. Namun begitu, mereka masih boleh bertolak-ansur dengan Hokage asalkan ia memenuhi keperluan Konoha.

ANBU


ANBU (暗部; Pasukan Gelap?) merupakan singkatan kepada perkataan ANsatsu Senjutsu Tokushu BUtai (暗殺戦術特殊部隊; Pasukan Pembunuhan dan Taktikal Khas?). Perkataan ANBU merupakan singkatan nama atau akronim seperti SWAT, di mana dua perkataan kanji

Pasukan Polis Konoha

Konoha Keimu Butai (木ノ葉警務部隊 , Pasukan Polis Konoha?) sebelumnya dianggotai oleh hanya ninja dari klan Uchiha sahaja. Walaupun pada mulanya, ia dianggap telah diasaskan oleh nenek moyang klan Uchiha, hakikat sebenarnya adalah ia diasaskan dan dianjurkan oleh Hokage Kedua. Hokage Kedua menyerahkan tampuk kepimpinan untuk organisasi tersebut bertujuan untuk menunjukkan tanda kepercayaan terhadap ahli-ahli klan Uchiha. Namun begitu, Uchiha Madara menyatakan bahawa ia hanyalah satu taktik untuk menjauhkan ahli klan Uchiha daripada terlibat secara langsung dengan pentadbiran Konoha. Fugaku Uchiha iaitu bapa kepada Itachi Uchiha dan Sasuke Uchiha, pernah menjadi ketua kepada organisasi ini. Namun begitu, tiada sebarang informasi jelas mengenai pengganti jawatan ketua untuk organisasi tersebut selepas insiden pembunuhan Klan Uchiha.

Fungsi utama Pasukan Polis Konoha adalah untuk menjaga keamanan dan memastikan undang-undang di Konoha dipatuhi. Namun begitu, mereka tidak memiliki kuasa untuk menahan mana-mana anggota unit ANBU tanpa sebarang surat waran tangkap.

Niju Shotai

Nijū Shōtai (二十小隊; Skuad Dua Puluh?) atau Platoon Berdua Puluh adalah skuad khas yang diwujudkan oleh Hokage Kelima yang mana ia dianggotai oleh kumpulan seramai dua puluh empat anggota. Misi mereka adalah untuk menumpaskan anggota Akatsuki yang bermaharajalela di Negara Api. Mereka diarahkan untuk menangkap anggota Akatsuki secara hidup-hidup, namun sekira ia didapati mustahil mereka harus dihapuskan.


0 komentar:

Posting Komentar

New

About Me

Followers

Text

Text

Free Download Movies
Sebagai contoh untuk menu Dropdown milik saya :
'RSS

250 Px

Powered By Blogger
Mozilla Firefox Free Download
Free Software Tips & Download
Info Lowongan Kerja