Intro: B
B E
Kuhantarkan bak di pelataran
E G#m
Hati yang temaran
E B
Matamu juga mata mataku
C#m F#m
Ada hasrat yang mungkin terlarang
*
E B
Satu kata yang sulit terucap
E G#m
Hingga batinku tersiksa
E B
Tuhan tolong aku jelaskanlah
C#m F#m
Perasaanku berubah jadi cinta
Reff :
B F#m
Tak bisa hatiku merafikan cinta
G#m F#m
Karena cinta tersirat bukan tersurat
E D#m
Meski bibirku terus berkata tidak
C#m F#m
Mataku terus pancarkan sinarnya
E B
Kudapati diri makin tersesat
E G#m
Saat kita bersama
E B
Desah nafas yang tak bisa truskan
C#m F#m
persahabatan jadi cinta
Back To *
Back to Reff
Reff*:
B F#m
Apa yang kita kini tengah rasakan
G#m F#m
Mengapakah kita coba persatukan
E D#m
Mungkin cobaan untuk persahabatan
C#m F#m B
Atau mungkin sebuah takdir Tuhan
Kamis, 31 Desember 2009
Selasa, 29 Desember 2009
Kunci gitar Takkan pernah ada dari Geisha
Lirik, Kunci gitar, Chords Gitar, Kord Gitar Geisha - Takkan Pernah Ada :
[intro] Em D
D A/C#
Dia memang hanya dia
Bm
Ku slalu memikirkannya
Bm
Tak pernah ada habisnya
D A/C#
Benar dia benar hanya dia
Bm
Ku slalu menginginkannya
Bm
Belaian dari tangannya
G
Mungkin hanya dia
D/F#
Harta yang paling terindah
Em
Di perjalanan hidupku
Em
Sejak derap denyut nadiku
G
Mungkin hanya dia
D/F#
Indahnya sangat berbeda
Em A
Ku haus merindukannya
[chorus]
D A/C#
Ku ingin kau tahu isi hatiku
Bm A
Kaulah yang terakhir dalam hidupku
G D/F#
Tak ada yang lain hanya kamu
Em
Tak pernah ada takkan pernah ada
D A/C#
Benar dia benar hanya dia
Bm
Ku slalu menginginkannya
Bm
Belaian dari tangannya
G
Mungkin hanya dia
D/F#
indahnya sangat berbeda
Em
Ku haus merindukannya
[interlude] G A D A/C# B
G A
[chorus]
D A/C#
Ku ingin kau tahu isi hatiku
Bm A
Kaulah yang terakhir dalam hidupku
G D/F#
Tak ada yang lain hanya kamu
Em
Tak pernah ada takkan pernah ada
D A/C#
Ku ingin kau selalu di fikiranku
Bm A
Kau yang selalu larut dalam darahku
G D/F#
Tak ada yang lain Hanya kamu
Em
Tak pernah ada takkan pernah ada
[Coda] G A D A/C# B
G A D
Rabu, 02 Desember 2009
Haiwan dan objek seruan (Naruto)
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Dalam Naruto, Teknik Seruan (口寄せの術, "Kuchiyose no Jutsu") merupakan jutsu asas dalam proses melakukan sesuatu seruan, di mana jutsu ini melibatkan kontrak (penyeru dengan benda yang diseru), tanda ikatan dan darah daripada pemakai untuk menyeru sama ada haiwan atau senjata daripada dimensi yang berlainan. Ini boleh dilakukan dengan cara meletakkan tapak tangan di suatu permukaan (selalunya tanah) dan memboleh objek seruan tersebut muncul di tempat itu. Sebagai alternative kepada penggunaan tanda ikatan normal, rajah kontraks yang muncul ketika melakukan teknik seruan boleh dilukis secara manual untuk menyeru objek seruan. Jenis haiwan atau objek seruan bergantung kepada kontrak yang dimeterai. Darah digunakan sebagai medium untuk menandatangani kontrak tersebut yang mana boleh dilukis pada skrol atau dicacah pada anggota badan seperti tangan. Keadaan ini boleh dilihat pada watak seperti Orochimaru dan Sasuke yang telah mencacah rajah tatu di tangan mereka. Apabila seruan berjaya dilakukan, haiwan seruan atau senjata yang diseru boleh digunakan untuk membantu pemakai.
- Nama: Teknik seruan (口寄せの術, "Kuchiyose no Jutsu")
- Jenis: Tahap-C, Serangan, Pertahanan, Sampingan
- Pengguna: Lihat senarai di bawah
- Tanda ikatan: Boar, Dog, Bird, Monkey, Ram, Palm On Ground
- Debut (Anime): Naruto Episod 17
- Debut (Manga): Naruto Bab 29
Kebanyak haiwan seruan (selain objek atau senjata seruan) mempunyai "ketua" ataupun "bos" mereka tersendiri; walaupun bukan kepada semua haiwan seruan. Sebagai contoh; kodok seruan diketuai oleh Gamabunta, ular seruan diketuai oleh Manda, lintah seruan diketuai oleh Katsuyu manakala monyet seruan diketuai oleh Enma.
Bagi seseorang ninja yang menandatangani kontrak tersebut, selain boleh menyeru haiwan seruan untuk membantu mereka, keadaan ini juga boleh diterbalikkan di mana ia dipanggil Pembalikkan Teknik Seruan atau "reverse-kuchiyose"; haiwan seruan menyeru manusia yang menandatangani kontrak bersama mereka. Keadaan ini boleh dilihat apabila Gamakichi menyeru Naruto ke Gunung Myobukuzan.
Skrol yang disediakan secara khas boleh digunakan untuk menyeru senjata atau objek tertentu seperti boneka. Kankuro, Tenten dan Kotetsu Hagane menggunakan kaedah teknik seruan sebegini rupa untuk menyeru boneka atau senjata.
Kebanyakkan haiwan seruan boleh dianggap sebagai "objek suruhan" kepada penyerunya. Namun, terdapat sedikit kelainan yang ditunjukkan oleh sesetengah haiwan seruan seperti Gamabunta dan Manda yang masing-masing mengharapkan rasa hormat dan tanda kesetiaan daripada penyeru mereka. Bahkan, Manda turut meminta seratus orang manusia korban untuk setiap khidmat yang diberikannya apabila Orochimaru menyerunya ketika bertarung dengan Jiraiya dan Tsunade.
Isi kandungan[sorok] |
[sunting] Haiwan atau objek seruan yang diketahui
Berikut adalah senarai beberapa haiwan atau objek seruan yang telah diketahui dan digunakan secara meluas oleh sesetengah ninja di dalam dunia Naruto bersama nama penyerunya.
[sunting] Kodok
- Seruan: Uzumaki Naruto, Jiraiya dan Minato Namikaze
- Jenis: Kodok seruan
- Senarai seruan: Gamabunta, Gamaken, Gamakichi, Gamatatsu, Pendeta dok]], Shima dan Fukasaku (mati), Gamahiro, Gerotora (Key Toad), Kosuke (mati), Gamariki (anime sahaja)
[sunting] Ular
- Seruan: Uchiha Sasuke, Orochimaru, Kabuto dan Anko
- Jenis: Ular seruan
- Senarai seruan: Kyodaija, Manda (mati), ular gergasi Anko (tidak bernama)
[sunting] Lintah
- Seruan:: Tsunade, Haruno Sakura (dalam Naruto: Path of the Ninja 2 sahaja)
- Jenis: Lintah seruan
- Senarai seruan: Katsuyu
[sunting] Anjing
- Seruan: Hatake Kakashi
- Jenis: Anjing nin (Ninken)
- Senarai seruan: Pakkun, Bull, Bisuke, Shiba, Akino, Urushi, Usei, Guruko
[sunting] Seruan oleh Pain
- Seruan: Pain
- Jenis: Haiwan seruan
- Senarai seruan: Krustasia gergasi, Burung gergasi berparuh gerudi, Anjing gergasi berkepala banyak, Panda gergasi, Sesumpah berekor ular gergasi, Lembu gergasi, Lipan gergasi, Badak gergasi
[sunting] Lain-lain seruan
- Seruan: Tayuya
- Jenis: Makhluk seruan
- Senarai seruan: Doki
- Seruan: Orochimaru, Sakon & Ukon
- Jenis: Objek seruan
- Senarai seruan: Pintu Rashomon
- Seruan: Orochimaru (dimusnahkan oleh Naruto)
- Jenis: Objek seruan
- Senarai seruan: Pintu Rashomon bertiga
- Seruan: Kotetsu
- Jenis: Senjata seruan
- Senarai seruan: Belantan berupa cangkerang
- Seruan: Amachi
- Jenis:
- Senarai seruan: Umibozu (mati)
- Seruan: Ruiga (anime)
- Jenis: Haiwan seruan
- Senarai seruan: Sekumpulan pirana, Jerung
- Seruan: Kidomaru
- Jenis: Haiwan seruan
- Senarai seruan: Kyodaigumo
- Seruan: Might Guy
- Jenis: Haiwan seruan
- Senarai seruan: Ninkame
- Seruan: Hokage Ketiga
- Jenis: Haiwan seruan
- Senarai seruan: Enma
- Seruan: Suku Kamizuru (anime)
- Jenis: Haiwan seruan
- Senarai seruan: Larva lebah, lebah gergasi (mati)
- Seruan: Temari
- Jenis: Haiwan seruan
- Senarai seruan: Kamatari
- Seruan: Hanzo
- Jenis: Haiwan seruan
- Senarai seruan: Salamander
- Seruan: Genno
- Jenis: Haiwan seruan
- Senarai seruan: Burung gergasi
Bijuu
Biju
Bijū (尾獣, "Makhluk Syaitan Berekor") adalah sembilan ekor haiwan syaitan gergasi yang menakluki dunia di dalam siri Naruto. Ia sebenarnya adalah gumpalan-gumpalan chakra yang wujud dalam bentuk fizikal; selalunya dirujuk sebagai "Gumpalan Chakra Gergasi". Organisasi Akatsuki mempunyai rancangan yang melibatkan dengan aktiviti penangkapan ke semua sembilan ekor bijū.
Isi kandungan[sorok] |
Sejarah
Bijū telah lama wujud di dunia Naruto; seawal sebelum bermulanya Perang Dunia Ninja Pertama. Oleh kerana bijū mempunyai sumber chakra yang besar, kebanyakan ninja daripada negara ninja cuba menggunakan bijū sebagai "senjata" tambahan untuk membantu mereka dalam perang antara ninja. Selepas perang tamat, Harashima Senju; lebih dikenali dengan nama Hokage Pertama telah berjaya menangkap dan mengawal bijū-bijū tersebut menggunakan kebolehan istimewanya; Mokuton (木遁, "Gaya Lepas Sifat Kayu"). Hokage Pertama kemudiannya menggunakan bijū-bijū tersebut sebagai "punca" untuk mendamaikan negara-negara ninja yang lain bagi tujuan untuk mengimbangi kuasa di antara mereka. Setelah kematian Hokage Pertama, negara-negara ninja yang memilki bijū ini tidak dapat lagi mengawal kuasa yang dihasilkan oleh bijū-bijū. Percubaan mereka untuk menangkap dan "menjinakkan" kuasa bijū-bijū tersebut nyata tidak berhasil sehinggalah muncul idea untuk mengurung kuasa bijū tersebut ke dalam badan manusia. manusia-manusia tersebut kemudiannya digelar sebagai Jinchūriki (人柱力, "Korban Manusia"). Kaedah ini didapati sungguh berjaya dalam usaha mereka menawan semula kuasa bijū-bijū tersebut dan ianya menjadi satu kaedah berkesan.
Di ketika ini, Akatsuki berada dalam proses untuk mengumpulkan dan mengekstrak ke semua sembilan bijū daripada hos-hos mereka; dengan tujuan untuk mencipta suatu "senjata" yang mempunyai kuasa yang cukup besar untuk memusnahkan sesebuah negara. Hanya terdapat dua bijū yang masih lagi gagal ditangkap oleh Akatsuki; Hachibi (八尾, Makhluk Syaitan Berekor Lapan") dan Kyūbi no Yōko (九尾の妖狐, "Musang Syaitan Berekor Sembilan") .
Jinchūriki
- Rencana utama: Jinchūriki
Jinchūriki (人柱力; "Kuasa Korban manusia") adalah hos manusia yang memiliki bijū termeterai di dalam tubuh mereka.
Selalunya, mereka memiliki kekuatan luarbiasa dan dalam sesetengah kes, Jinchūriki ini lebih berkuasa daripada bijū yang mereka miliki.
Ini adalah kerana mereka berkeupayaan untuk menggunakan segala potensi asal yang dimiliki oleh bijū yang termeterai di dalam tubuh mereka.
Sebagai penambahan, jika sesuatu bijū itu berkeliaran terlalu lama tanpa hos, ia boleh kehilangan daya kecerdasan dan kepandaian mereka dan menjadikan ia hanya sekadar makhluk gergasi sahaja.
[sunting] Bijū yang diketahui
Shukaku Berekor Satu
Shukaku Berekor Satu (一尾の守鶴, "Ichibi no Shukaku") atau Shukaku Negara Pasir (砂の守鶴, "Suna no Shukaku") adalah haiwan syaitan yang menyerupai tanuki yang mampu mengawal pasir dan pernah dimeterai ke dalam tubuh Gaara dari Sunagakure. Ia telah berjaya ditangkap dan diekstrak oleh Akatsuki.
- Nama: Shukaku Berekor Satu (一尾の守鶴, "Ichibi no Shukaku")
- Klasifikasi: Bijū
- Spesis: Tanuki
- Jinchūriki: Tiada; terdahulu - Gaara dan dua orang ninja Suna
- Kebolehan: Gaya Lepas Sifat Angin: Peluru Udara Mampat (風遁・練空弾, "Fūton: Renkūdan"), Pertahanan Mutlak Pasir (砂の盾, "Suna no Tate")
- Status: Ditangkap oleh Akatsuki
PERHATIAN: Butiran jalan cerita yang nyata menyusul.
Tanuki, (狸) adalah sejenis spesis anjing (menyerupai rupa seekor musang) yang boleh dijumpai di Jepun. Tanuki sangat popular oleh kerana sikap semulajadinya dan kebolehannya untuk berubah bentuk (meniru bentuk sesuatu) selain membawa tuah. Terdapat beberapa bentuk jalan cerita mengenai tanuki. Salah satu daripadanya ialah dongeng Bunbuku Chagama, di mana tanuki telah dikurung di dalam sebuah kendi dan dimasukkan ke dalam tubuh hos pertama. Di dalam siri Naruto, dinyatakan bahawa bukan hanya satu hos telah disatukan dengan Shukaku. Sesetengah dongeng mengatakan cerita mengenai seorang sami telah dikurung dalam kendi (sebenarnya adalah tanuki yang sedang menyamar) dan ini dapat dikaitkan dengan siri Naruto di mana; pernah dinyatakan dalam bahagian awal siri ini bahawa Shukaku adalah seorang sami dari kampung pasir yang telah terpesong. Ada yang mengatakan bahawa Shukaku sebenarnya adalah terbentuk daripada roh atau jiwa seorang sami dari Sunagakure yang telah bertukar jahat. Namun, pada hakikatnya ia hanyalah "Makhluk Syaitan Berekor Satu". Pada asalnya, ia telah dikurung di dalam sebuah kendi besar dan kemudian telah disatukan dengan seorang korban manusia. Apabila Karura, iaitu isteri kepada Kazekage Keempat sedang mengandung, beliau telah mengarahkan Chiyo, untuk melakukan upacara menyatukan Shukaku dengan Gaara yang masih di dalam kandungan. Tetapi, dengan syarat ianya mesti dikeluarkan daripada badan korban manusia yang sebelumnya. Sebelum mengalami kematian akibat melahirkan Gaara, Karura telah menyumpah semua penduduk Sunagakure termasuklah suaminya iaitu Kazekage Keempat di atas apa yang mereka lakukan.
Semasa terlibat dengan cubaan menakluki Konoha, Gaara telah bertukar kepada "bentuk lengkap Shukaku" ketika sedang bertarung dengan Naruto Uzumaki, yang kemudiannya menyeru Gamabunta untuk membantunya. Apabila Gaara muncul dan mendedahkan dirinya di atas kepala Shukaku untuk menggunakan Teknik Tidur Paksaan (狸寝入りの術, "Tanuki Neiri no Jutsu"), Shukaku telah dapat menguasai tubuhnya dengan bebas dan bertarung dengan Naruto dan Gamabunta. Kuasa yang digunakan oleh Shukaku ternyata terlalu kuat untuk ditangani oleh Gamabunta. Lalu, kedua-dua Naruto dan Gambunta menggunakan Teknik Gabungan (コンビ変化, "Konbi Henge") lalu bertukar rupa menjadi bentuk Kyūbi. Ini membolehkan Gamabunta untuk menangkap Shukaku, lalu membolehkan Naruto menyerang Gaara dengan tujuan untuk membangunkannya daripada tidur agar "Teknik Tidur Paksaan" akan terbatal. Apabila Gaara terjaga, didapati kuasa Shukaku semakin berkurangan lalu hilang.
Di dalam siri Naruto: Shippūden, Deidara telah diberikan tugas untuk menangkap Gaara oleh Akatsuki bersama dengan Sasori. Apabila menewaskan Gaara dalam satu pertarungan, Deidara pun membawanya ke tempat persembunyian Akatsuki. Di situ, Shukaku telah dipaksa keluar daripada tubuh Gaara menggunakan satu teknik kuncian larangan, Teknik Kuncian Khas (封印術, "Fūinjutsu") yang dipanggil Teknik Kuncian Naga Berkepala Sembilan (封印術・幻龍九封尽,"Genryū Kyū Fūjin"), kemudiannya mengakibatkan kematian Gaara. Namun, Gaara telah berjaya diselamatkan dengan bantuan oleh Chiyo dan ninja-ninja daripada Konoha; Kumpulan Kakashi dan Kumpulan Gai). Namun, ianya sudah terlambat kerana Gaara telah mati akibat daripada Shukaku yang telah dikeluarkan daripada badannya. Chiyo kemudiannya telah menggunakan satu teknik larangan iaitu Teknik Hidup Semula (己生転生, "Kishō Tensei") untuk menghidupkan semula Gaara. Keupayaan Gaara untuk memanipulasi pasir menggunakan chakranya masih dapat dilihat namun tidak diketahui sama ada keupayaannya (terkini) sama dengan keupayaannya ketika Gaara masih memiliki Shukaku di dalam badannya.
Sebagai hos kepada Shukaku, Gaara memiliki keupayaan untuk memanipulasikan pasir mengikut kehendaknya dan seringkali dilindungi oleh Pertahanan Pasir (砂の鎧, "Suna no Yoroi") dengan sendirinya (turut berlaku walaupun kecederaan tersebut cuba dilakukan oleh Gaara sendiri). Pasir ini adalah pasir yang terdapat di dalam kendi yang dibawa olehnya. Gaara juga mengalami kesan insomnia sepanjang hayat oleh kerana kesan sampingan akibat menjadi hos kepada Shukaku. Sekiranya tertidur, personaliti Gaara akan dikuasai oleh Shukaku, mengakibatkan Gaara menjadi seorang yang bengis dan sukakan kepada pembunuhan. Shukaku mempunyai kebolehan untuk memanipulasikan pasir agar dapat melindungi tubuh Gaara daripada kecederaan dan ini berlaku secara automatik. Shukaku sedar bahawa jika Gaara mati, ia juga akan turut mati. Ketika dalam keadaan marah atau dahagakan darah, Gaara boleh menggunakan pasir yang berada di dalam kendi yang dibawanya untuk berubah kepada bentuk "mini-Shukaku" ataupun mencipta salinan raksasa tubuh Shukaku. Hanya ketika Gaara berubah kepada bentuk lengkap Shukaku, dia akan dapat menggunakan element angin yang dimiliki oleh Shukaku seperti; Gaya Lepas Sifat Angin: Peluru Udara Mampat (風遁・練空弾, "Fūton: Renkūdan"). Gaara juga boleh membiarkan Shukaku mengambil alih "bentuk lengkap Shukaku" yang dicipta oleh Gaara dengan cara berpura-pura "menidurkan" dirinya menggunakan satu teknik khas; Teknik Tidur Paksaan (狸寝入りの術, "Tanuki Neiri no Jutsu").
Shukaku mempunyai kepintaran namun bersikap tidak stabil terutamanya dari segi emosi dan ini sangat tipikal dengan ciri-ciri tanuki di dalam cerita rakyat di Jepun. Perkataan "Shukaku" itu sendiri bermaksud "mabuk" dalam bahasa Jepun. Seperti "makhluk syaitan berekor" yang lain, rasa dahagakan kemusnahan dan memiliki kemarahan yang tinggi mempengaruhi tingkahlakunya; ia akan membunuh sesiapa sahaja yang berada di hadapan matanya. Kadangkala Gaara mempunyai cara untuk mengawal situasi sedemikian, namun kebanyakan ketika Shukaku memaksanya. Oleh kerana Gaara telah disatukan dengan Shukaku sebelum kelahirannya, berkemungkinan keupayaannya sebagai jinchūriki telah bersatu dengan keupayaan asalnya. Namun begitu, adalah tidak dapat dipastikan sama ada kebolehan Gaara untuk memanipulasikan pasir dan elemen angin disebabkan oleh chakranya sendiri atau daripada chakra Shukaku.
Nekomata Berekor Dua
Nekomata Berekor Dua (ニ尾の猫俣, "Nibi no Nekomata") adalah haiwan syaitan yang menyerupai seekor kucing berekor dua yang mampu menghasilkan bahang api dari seluruh tubuhnya dan pernah dimeterai ke dalam tubuh Yugito Nii dari Kumogakure. Ia telah berjaya ditangkap dan diekstrak oleh Akatsuki.
- Nama: Nekomata Berekor Dua (ニ尾の猫俣, "Nibi no Nekomata")
- Klasifikasi: Bijū
- Spesis: Nekomata
- Jinchūriki: Tiada; terdahulu - Yugito Nii
- Kebolehan: Menghasilkan bahang api dari seluruh tubuhnya
- Status: Ditangkap oleh Akatsuki
PERHATIAN: Butiran jalan cerita yang nyata menyusul.
Kucing adalah spesis haiwan yang biasa dijumpai di dunia dan kisah mengenai bakeneko (化け猫, "Kucing Gergasi") adalah sangat popular di Jepun. Di dalam lagenda,Nekomata (猫俣, "Kucing Hantu") adalah dinyatakan bahawa ianya adalah sejenis kucing yang tersangat tua yang memiliki ekor yang terpisah kepada dua bahagian (yakni mempunyai dua ekor). Mempunyai saiz yang agak besar dan kucing ini dikatakan mempunyai kebolehan untuk memanipulasikan orang yang telah mati serta dikaitkan dengan sejenis api yang pelik. Ini mungkin dapat dikaitkan dengan cerita mengenai ikiryō (生霊, "Kucing hantu") dan kebolehannya untuk emnghasilkan api.
Sebaik sahaja diperkenalkan, Yugito telah ditangkap oleh dua anggota Akatsuki; Hidan dan Kakuzu walaupun pada hakikatnya tidak diketahui siapakah yang telah ditugaskan untuk melakukan penangkapan. Walaupun Yugito memerangkap pihak lawannya di dalam sebuah tempat bertutup (seperti keadaan sebuah pembentungan) dan berubah kepada bentuk "kucing syaitan", dia masih lagi dapat ditewaskan oleh kedua-dua anggota Akatsuki tersebut. Zetsu kemudiannya telah tiba dan membawa Yugito yang mengalami cedera parah ke tempat persembunyian Akatsuki. Yugito kemudiannya mati kerana bijū di dalam badannya telah dikeluarkan.
Sebagai hos kepada "kucing syaitan", Yugito mempunyai kebolehan untuk berubah kepada bentuk "mini-Nekomata" yang kemudiannya memberikannya kekuatan dan keupayaan untuk menyemburkan api dari mulutnya dan seluruh tubuhnya tanpa kehilangan kawalan terhadap tubuhnya sendiri. Nama samaran "kucing syaitan" membawa ingatan kepada keupayaannya untuk memanipulasikan orang yang telah mati.
Sanbi: Syaitan Berekor Tiga
Sanbi; Syaitan Berekor Tiga (三尾, "Sanbi") adalah haiwan syaitan yang menyerupai seekor kura-kura gergasi yang berekor tiga dan tinggal bebas di dalam sebuah tasik tanpa mempunyai hosnya sendiri. Ianya kemudian telah ditangkap oleh Akatsuki.
- Nama: Sanbi; Syaitan Berekor Tiga (三尾, "Sanbi")
- Klasifikasi: Bijū
- Spesis: Kura-kura
- Jinchūriki: Tiada; terdahulu - Seorang ninja dari Kirigakure yang tidak diketahui namanya
- Kebolehan: Tidak diketahui
- Status: Ditangkap oleh Akatsuki
PERHATIAN: Butiran jalan cerita yang nyata menyusul.
Kura-kura selalunya digunakan sebagai rekaan asal kepada raksasa yang tinggal di air dalam dongeng masyarakat Jepun. Rekaan Sanbi oleh pencipta Masashi Kishimoto adalah berdasarkan minatnya terhadap raksasa, yōkai, dan kaijū, lalu mencampurkan pelbagai elemen berlainan daripada jenis-jenis raksasa tersebut untuk menghasilkan ciptaan seekor "kura-kura gergasi" yang mempunyai tiga ekor sakan-akan ekor udang.
Pada masa lepas, Sanbi pernah dimeterai padan seorang ninja dari Kirigakure yang tidak diketahui namanya dan telah dikeluarkan tanpa mempunyai "tujuan" yang jelas dan hidup bebas di sebuah tasik dan dibiarkan tidak bertangkap oleh mana-mana ninja.
Apabila Deidara dan Tobi mencari Sanbi di sebuah tasik, ia kemudiannya memunculkan diri di permukaan tasik dan mula mengejar Tobi. Dengan perhatian Sanbi tertumpu kepada Tobi, Deidara mengambil peluang tersebut untuk menghasilkan satu arca tanah liat; bom berbentuk ikan lalu melemparkannya ke dalam air. Bom tersebut meletup berdekatan dengan muka Sanbi yang sedang mengejar Tobi.
Tidak dijelaskan samada tindakan tersebut menandakan berakhir pertarungan antara Deidara dan juga Sanbi. Pada pengakhirannya, Sanbi telah ditewaskan oleh Deidara (tanpa pertolongan dari Tobi). Mereka kemudian menarik Sanbi untuk dibawa ke tempat persembunyian Akatsuki. Tobi merungut dan memberi cadangan untuk membawa Sanbi yang telah ditewaskan menggunakan jutsu istimewanya tetapi Deidara mempunyai cadangan lain.
Oleh kerana Sanbi telah dikeluarkan daripada hosnya, maka ia telah hilang kebijaksanaannya dan tidak mampu mempergunakan sepenuh kuasanya lalu mengakibatkan kekalahannya. Sanbi yang lemah itu berjaya ditangkap dengan mudah.
Keupayaan Sanbi tidak begitu diketahui kerana tidak banyak tindakan yang dilakukan olehnya terhadap Deidara ataupun Tobi melainkan adegan kejar-mengejar antara Sanbi dengan Tobi. Hanya yang dapat dipastikan adalah ia dapat bergerak laju walaupun mempunyai saiz yang besar; sebagai bukti ia mampu mengikuti kelajuan Tobi yang sedang berlari dipermukaan tasik.
Yonbi: Syaitan Berekor Empat
Yonbi; Syaitan Berekor Empat (四尾, Yonbi) adalah haiwan syaitan yang pernah dimeterai ke dalam badan Rōshi dari Iwagakure. Ia telah berjaya ditangkap dan diekstrak oleh Akatsuki.
- Nama: Yonbi; Syaitan Berekor Empat (四尾, "Yonbi")
- Klasifikasi: Bijū
- Spesis: Tidak Diketahui
- Jinchūriki: Tiada; terdahulu - Rōshi dari Iwagakure
- Kebolehan: Mempunyai kebolehan untuk menghasilkan lava
- Status: Ditangkap oleh Akatsuki
PERHATIAN: Butiran jalan cerita yang nyata menyusul.
Sehingga kini, masih tidak diketahui apakah bentuk atau rupa sebenar "Yonbi. Jinchūriki kepada "Yonbi" iaitu Rōshi iaitu seorang ninja daripada Iwagakure telah ditewaskan oleh ahli Akatsuki iaitu Kisame Hoshigaki sewaktu muncul pertama kali. Kemunculannya hanya sekadar menunjukkan Rōshi sedang diusung oleh Kisame menggunakan pedang besarnya; Samehada setelah berjaya ditewaskan. Tidak terdapat sebarang babak menunjukkan pertarungan di antara mereka. Menurut Kisame lagi, dia mengalami sedikit masalah ketika berhadapan dengan Rōshi kerana berkebolehannya untuk menggunakan suatu teknik khas bagi menghasilkan serangan menggunakan lava panas. Kemudiannya, "Yonbi telah pun diekstrak oleh Akatsuki lalu mengakibatkan kematian kepada hosnya iaitu Rōshi.
Hanya sedikit informasi yang diketahui mengenai Rōshi mahupun bijū yang dimilikinya. Sebagai hos kepada "Yonbi", ia membolehkan Rōshi menggunakan teknik khas iaitu Gaya Lepas Sifat Lava; di mana teknik tersebut jarang sekali dilihat melainkan ianya sejenis kebolehan dari pengguna Kekkei Genkai.
Gobi: Syaitan Berekor Lima
Gobi; Syaitan Berekor Lima (五尾, "Gobi") adalah haiwan syaitan yang pernah dimeterai ke dalam badan seorang ninja dari Iwagakure yang tidak diketahui namanya. Ia telah berjaya ditangkap dan diekstrak oleh Akatsuki.
- Nama: Gobi; Syaitan Berekor Lima (五尾, "Gobi")
- Klasifikasi: Bijū
- Spesis: Tidak Diketahui
- Jinchūriki: Tiada; terdahulu - Ninja tidak diketahui namanya dari Iwagakure
- Kebolehan: Tidak Diketahui
- Status: Ditangkap oleh Akatsuki
PERHATIAN: Butiran jalan cerita yang nyata menyusul.
Tidak terdapat sebarang informasi mengenai apakah bentuk atau rupa asal bijū ini melainkan informasi mengenai kejayaan penangkapannya oleh Akatsuki. Begitu juga dengan informasi dan status jinchūriki yang memilikinya, melainkan yang hanya dapat diketahui adalah asal ninja tersebut; iaitu ninja dari Iwagakure. Berkemungkinan ninja tersebut memiliki keupayaan untuk menggunakan teknik "Gaya Lepas Sifat Tanah" seperti kebanyakan ninja dari Iwagakure.
Mengenai status jinchūrikinya pula, berkemungkinan ninja tersebut telah mati oleh kerana bijū yang mendiami badannya telah dikeluarkan.
Rokubi: Syaitan Berekor Enam
Rokubi; Syaitan Berekor Enam (六尾, Rokubi) adalah haiwan syaitan yang pernah dimeterai ke dalam badan seorang ninja muda yang tidak diketahui asal-usulnya. Setakat ini, masih tiada lagi informasi mengenai bijū tersebut mahupun mengenai hosnya. Ia juga telah berjaya ditangkap dan diekstrak oleh Akatsuki.
- Nama: Rokubi; Syaitan Berekor Enam (六尾, "Rokubi")
- Klasifikasi: Bijū
- Spesis: Tidak Diketahui
- Jinchūriki: Tiada; terdahulu - Seorang ninja muda yang tidak diketahui asal-usulnya
- Kebolehan: Tidak Diketahui
- * Status: Ditangkap oleh Akatsuki
PERHATIAN: Butiran jalan cerita yang nyata menyusul.
Tiada sebarang maklumat mengenai rupa bentuk atau kebolehan bijū ini melainkan daripada informasi kejayaan Akatsuki menangkapnya suatu ketika dahulu.
Juga, tiada sebarang maklumat mengenai jinchūriki yang pernah menjadi hos kepada "Rokubi" ini. Berkemungkinan ninja tersebut telah mati oleh kerana bijū yang mendiami badannya telah dikeluarkan.
Nanabi: Syaitan Berekor Tujuh
Nanabi; Syaitan Berekor Tujuh (七尾, "Nanabi") adalah haiwan syaitan yang pernah dimeterai ke dalam badan seorang ninja wanita dari Takigakure yang tidak diketahui namanya. . Ia juga telah berjaya ditangkap dan diekstrak oleh Akatsuki.
- Nama: Nanabi; Syaitan Berekor Tujuh (七尾, "Nanabi")
- Klasifikasi: Bijū
- Spesis: Tidak Diketahui
- Jinchūriki: Tiada; terdahulu - Sseorang ninja wanita dari Takigakure yang tidak diketahui namanya.
- Kebolehan: Tidak Diketahui
- Status: Ditangkap oleh Akatsuki
PERHATIAN: Butiran jalan cerita yang nyata menyusul.
Tiada sebarang maklumat mengenai rupa bentuk atau kebolehan bijū ini melainkan daripada informasi kejayaan Akatsuki menangkapnya suatu ketika dahulu.
Juga, tiada sebarang maklumat mengenai jinchūriki yang pernah menjadi hos kepada "Nanabi" ini. Berkemungkinan ninja tersebut telah mati oleh kerana bijū yang mendiami badannya telah dikeluarkan.
Hachibi: Syaitan Berekor Lapan
Hachibi; Syaitan Berekor Lapan (八尾, Hachibi) adalah haiwan syaitan yang menyerupai Ushi-oni yang mampu menghasil bebola chakra berkuasa besar dan telah dimeterai ke dalam badan Kirābī dari Kumogakure. Ia adalah salah satu daripada dua bijū yang masih gagal ditangkap oleh Akatsuki.
- Nama: Hachibi; Syaitan Berekor Lapan (八尾, "Hachibi")
- Klasifikasi: Bijū
- Spesis: Ushi-oni
- Jinchūriki: Kirābī atau "Killer-Bee" dari Kumogakure
- Kebolehan: Menghasilkan bebola chakra padat berkuasa besar
- Status: Aktif
PERHATIAN: Butiran jalan cerita yang nyata menyusul.
"Ushi-oni" (牛鬼, "Lembu Syaitan") adalah haiwan syaitan yang terdapat dalam dongeng Jepun. "Ushi-oni" digambarkan sebagai seekor raksasa laut yang ganas yang berbadan seperti lembu tetapi memiliki lapan tentakel seperti sotong di bahagian bawah badannya. Ia tinggal berhampiran perairan Jepun dan sering menyerang nelayan yang keluar ke laut. "Ushi-oni" dikatakan salah satu simbol perlindungan menurut perayaan Ushi-oni-matsuri yang sering disambut pada lewat bulan Julai di Uwajima, di daerah Ehime.
"Hachibi" adalah salah satu daripada dua ekor bijū yang masih belum berjaya ditangkap oleh Akatsuki; selain Kyūbi yang dimiliki oleh Uzumaki Naruto.
Apabila Pasukan Helang tiba di Kumogakure dalam percubaan mereka untuk menangkap Kirābi atau "Killer-Bee", Kirābi telah menggunakan kebolehannya yang dapat mengawal kuasa bijūnya secara sepenuh lalu bertukar kepada bentuk lengkap "Hachibi". Kirābi telah menyebabkan Pasukan Helang berada dalam keadaan yang kelam-kabut di mana seorang demi seorang ahli pasukan tersebut ditewaskan. Ketika bertarung dengan Suigetsu yang menggunakan kelebihan bertarung berhampiran dengan sebuah tasik (Suigetsu mampu menggunakan "Gaya Lepas Sifat Air"), Kirābi telah menghasilkan sebuah bebola chakra padat yang berkuasa tinggi untuk menyerang Suigetsu, mengakibatkan kekalahannya.
Kemudian pertarungan diteruskan dengan Uchiha Sasuke mengaktifkan Mangekyou Sharingan miliknya untuk melancarkan teknik Amaterasu lalu mengahasilkan bara api berwarna hitam menyelubungi Kirābi mengakibatkannya mengerang kesakitan. Kirābi kemudiannya "seakan-akan" telah ditangkap oleh Pasukan Helang lalu diberikan kepada Madara Uchiha. Setelah mengetahui kejadian itu, Raikage iaitu abang kepada Kirābi telah berjanji bahawa Akatsuki akan menerima balasan yang setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan terhadap adiknya.
Namun, pada pengakhiran pertembungan tersebut, didapati Kirābi telah memalsukan kekalahannya. Setelah Pasukan Helang beredar, Kirābi dan "Hachibi" telah keluar dan meninggalkan tasik tersebut lalu bergegas ke tempat Sabu, ketua kepada Ninja Enka. Ketika itu juga, "Hachibi" telah menasihati Kirābi agar berhenti daripada melakukan rap.
Tidak banyak informasi yang dapat diketahui tentang kebolehan sebenar "Hachibi". Sebagai hos kepada "Hachibi", Kirābī mampu berubah bentuk kepada bentuk lengkap "Hachibi" dan menggunakan kuasa sepenuh bijū yang dimilikinya tanpa hilang kawalan kepada badannya sendiri. Kirābī mampu menghasilkan bebola chakra berkepadatan tinggi yang berkuasa besar (berkemungkinan mempunyai kuasa yang hampir sama ketika Naruto berubah kepada bentuk "Kyūbi berekor Empat" ketika bertarung dengan Orochimaru).
Kirābī juga mampu menggunakan chakra yang dimiliki oleh "Hachibi" untuk membatalkan kesan teknik ilusi; walaupun daripada kesan ilusi pemilik Mangekyou Sharingan.
Kirābī dan "Hachibi" didapati dapat berbual di antara satu dengan yang lain dalam keadaaan yang lebih tenang berbanding apa yang berlaku di antara perbualan Naruto dan Kyūbi. Contohnya; perbualan Naruto dan Kyūbi berlatar belakangkan sebuah tempat yang gelap (seakan-akan sebuah pembentungan) di mana terdapatnya sebuah pagar gergasi yang dilekatkan dengan jampi kurungan untuk memisahkan Naruto dan Kyūbi ketika mereka berbual. Bagaimanapun, ini tidak berlaku kepada Kirābī dan "Hachibi" di mana Kirābī mampu berbual dengan tenang sambil mendengar lagu. "Hachibi" juga sering mengadu apabila Kirābī menyanyi rap dan menasihatinya agar segera berhenti; tidak seperti Kyūbi yang suka memberikan ancaman dan ugutan.
Kyubi: Musang Syaitan Berekor Sembilan
Musang Syaitan Berekor Sembilan (九尾の妖狐, "Kyūbi no Yōko") adalah haiwan syaitan yang menyerupai seekor musang dan dikatakan adalah haiwan syaitan yang terkuat daripada sembilan ekor bijū yang wujud dalam siri Naruto; di mana hanya satu hayunan daripada salah satu ekornya akan dapat mengakibatkan tsunami dan mampu meratakan gunung-ganang. Ketika Kyūbi menyerang Konohagakure, ia telah ditewaskan oleh Minato Namikaze, atau Hokage Keempat lalu dikurung ke dalam badan seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan iaitu Naruto Uzumaki menggunakan teknik kurungan khas dipanggil Teknik Kurungan Dewa Maut (屍鬼封尽, "Shiki Fūjin"). Bagaimanapun, nyawa Hokage Keempat telah tergadai dalam proses tersebut.
- Nama: Musang Syaitan Berekor Sembilan (九尾の妖狐, "Kyūbi no Yōko")
- Klasifikasi: Bijū
- Spesis: Musang
- Jinchūriki: Uzumaki Naruto
- Kebolehan: Kekuatan yang besar dan chakra yang tidak kehabisan
- Status: Aktif
PERHATIAN: Butiran jalan cerita yang nyata menyusul.
Kitsune (狐, "musang") adalah satu karekter yang diketahui ramai dalam dongeng Jepun menjadi pengaruh kepada bukan hanya "Musang Syaitan" tetapi juga kepada beberapa cerita lain dalam kebudayaan Jepun moden. Kitsune gemar bermain dengan tipu helah dan senda kepada manusia dengan cara mengubah dirinya menyerupai wanita cantik dengan tujuan untuk menggoda mana-mana lelaki (ini menjadi inspirasi kepada penciptaan Oiroke no Jutsu (おいろけの術, "Teknik Penggoda")). Kitsune juga merupakan makhluk yang sangat menepati janji, yang mana menurut ciri-ciri yang dimiliki oleh Naruto; mempunyai pegangan tidak mudah memungkiri janji apa yang pernah dikotakannya. Juga dapat diperhatikan bahawa setiap kali Naruto hilang kawalaln dan dikawal oleh pengaruh kuasa Kyūbi, akan muncul "ekor chakra" yang baru satu demi satu. Ini tercipta berdasarkan satu kepercayaan bahawa; semakin banyak ekor yang dimiliki oleh Kitsune, semakin berkuasalah ia di mana jumlah maksimum adalah sembilan eko (berekor sembilan).
Kyūbi adalah satu bentuk bencana semulajadi yang telah wujud sekian lama. Ia mampu wujud dari di tempat yang terdapat banyaknya sifat buruk manusia. Pada masa yang tidak diketahui, Kyūbi pernah bertemu dengan pengasas Puak Uchiha iaitu Madara Uchiha, di mana Madara telah menggunakan Mangekyou Sharingan untuk mengawal kuasa Kyūbi agar dapat digunakan ketika menentang Harashima Senju; iaitu Hokage Pertama demi membalas dendam. Pertarungan tersebut sangat dahsyat sehinggakan ia memusnahkan permukaan bumi lalu membentuk sebuah lebah yang digelar manusia sekarang sebagai Lembah Penamat. Walaupun mampu menggunakan kuasa dan bantuan daripada Kyūbi, namun Madara tetap tewas dalam pertarungan tersebut. Beberapa tahun kemudian, Madara sekali lagi menggunakan kuasa Kyūbi untuk menyerang Konoha (walaupun Madara mengaku bahawa ianya tidak berkaitan dengan dirinya mahupun mana-mana puak Uchiha yang lain) dan mengatakan ianya hanya sekadar suatu kepincangan "kuasa secara semulajadi". Ketika serangan berlaku, Kyūbi telah membunuh ramai ninja yang cuba menghalangnya sehinggalah munculnya Hokage Keempat yang dibantu oleh Gamabunta. Hokage Keempat telah mengadaikan nyawanya untuk mengurung kuasa Kyūbi ke dalam badan seorang bayi yang baru dilahirkan lalu menyebabkan hilangan kawalan oleh Madara. Sejak daripada peristiwa itu, Kyūbi sangat membenci kepada kuasa sharingan dan sesiapa sahaja yang memilikinya. Ia juga turut menyatakan bahawa mata dan chakra Uchiha Sasuke adalah lebih "jahat" berbanding miliknya, kerana ia mengingatkan Kyūbi kepada kuasa milik Madara. Apabila kuasa Kyūbi di dalam badan Naruto ditekan oleh Sasuke, ia telah memberi amaran kepadanya agar jangan membunuh Naruto jika Sasuke tidak mahu mendapat susah di kemudian hari.
Di dalam siri animasi khas, Naruto, Haruno Sakura, Sai dan Yamato telah pergi ke Kuil Api untuk menyiasat misteri kecurian di makam tiga ninja legenda. Ketika sedang melakukan siasatan, mereka berkenalan dengan seorang pemuda bernama Sora; seorang sami muda di kuil tersebut. Setelah jalan cerita animasi tersebut berkembang, ia telah mendedahkan bahawa Sora pernah disatukan dengan saki-baki kuasa Kyūbi yang tertinggal setelah ia melakukan serangan dahulu. Ini menjadikan Sora sebagai Pseudo-Jinchūriki, yang mampu menghasilkan satu selaput kuasa Kyūbi seperti yang dimiliki oleh Naruto.
Kyūbi sebenarnya adalah sejenis makhluk yang ganas dan gemar melakukan kerosakkan. Namun begitu, ia mempunyai akal fikiran yang tajam namun bersikap kurang ajar dan tidak mempunyai rasa hormat. Walaupun begitu, ia mempunyai maruah yang tinggi dan mempunyai rasa rendah diri terhadap Hokage Keempat dan Naruto. Tambahan, kadangkala ia menjadi terlalu bermaruah dan menyebabkan kepada kemarahannya. Ini terbukti apabila Naruto menolak untuk menggunakan bantuan kuasa dari Kyūbi walaupun sebenarnya kemarahan tersebut lebih menunjukkan kepada hilangnya peluang Kyūbi untuk mengawal tubuh Naruto dengan sesuka hati; dengan harapan agar ia dapat melemahkan jampi ikatan yang mengurungnya. Kyūbi pernah berhasrat untuk membunuh Naruto; namun ia tahu bahawa ia perlu membantu Naruto selagi ia masih dikurung atau ia akan mati bersama.
Kyūbi akan bertindak semberono apabila berkaitan dengan keselamatan nyawanya. Ini terbukti apabila Kyūbi cuba memasukkan chakranya ke tubuh Naruto secara paksa apabila Naruto berada dalam keaddan yang menggugat keselamatan dirinya. Namun, Kyūbi akan berhenti melakukan tindakan sedemikian sekiranya Naruto mengancamnya dengan niat membunuh diri atau mencederakan dirinya sendiri.
Kyūbi juga didapati mempunyai niat untuk melepaskan diri. Apabila kali pertama Naruto bertemu semula dengan Sasuke di tempat persembunyian Orochimaru, Kyūbi telah meminta untuk Naruto untuk menanggalkan tanda jampi ikatan agar dia dapat memberikan kuasa sepenuhnya untuk digunakan oleh Naruto. Terdapat penyataan yang memeberitahu bahawa, sekiranya tanda jampi kurungan terlerai atau Naruto terlalu menggunakan kuasa daripada Kyūbi, kuasa ia boleh terlepas daripada badannya. Bagaimanapun, rancangan ini gagal kerana Naruto enggan menggunakan kuasa tersebut dan jelmaan Kyūbi di dalam badan Naruto tidak lagi membuat penampilan terbaru setelah kali terakhir kemunculannya sebelum ditekan oleh kuasa Sasuke.
Ketika naruto melakukan latihan untuk menguasai elemen, Kyūbi telah memaksakan chakranya ke dalam salah satu badan klon bayangan Naruto dengan harapan ia dapat membebaskan diri. Ia cuba mengawal salah satu badan klon Naruto agar ia dapat melepaskan diri dengan sendirinya.
Sebagai hos kepada Kyūbi, Naruto memiliki kebolehan untuk menyembuhkan lukanya dengan dengan sendiri dan dalam kadar penyembuhan yang segera dan cepat, memeberikan akses kepada jumlah chakra yang tidak berpenghujung, kekuatan yang hebat serta kelajuan yang berganda. Ini membolehkan Naruto menggunakan satu jurus yang menjadi "trademark" kepada dirinya iaitu Kage Bunshin No Jutsu (影分身の術, "Teknik Bayang Berganda" dengan jumlah yang banyak. Ini juga mampu membuatkan Naruto dapat menyeru Gamabunta, iaitu sejenis haiwan seruan yang selalunya hanya mampu diseru oleh ninja yang berpangkat Kage kerana ia memerlukan penggunaan chakra yang banyak bergantung kepada saiz makhluk yang diseru.
Naruto selalunya mampu menggunakan kuasa yang banyak ini apabila dia berada dalam keadaan perasaan yang tertekan atau kemarahan yang melampau dan juga dalam situasi yang mengancam nyawanya. Kali pertama ia berlaku, sifat marah Kyūbi menguasai tubuh dan pemikiran Naruto; mengakibatkan dia menyerang membuta tuli tanpa mengira siapa yang berada di hadapannya ketika itu. Kemudian, Naruto mula belajar untuk mengekang kuasa tersebut di mana dia kemudiannya mampu mengekalkan kewarasannya apabila menggunakan kuasa daripada Kyūbi. Ini dapat dilakukan sekiranya Naruto "menekan" chakra Kyūbi dengan chakra dirinya sendiri sambil meninggalkan sedikit chakra untuk penggunaan dirinya. Hatake Kakashi menyatakan satu teori bahawa, dia percaya Naruto mempunyai chakra yang lebih banyak berbanding chakra yang dimiliki oleh Kyūbi. Selepas berlatih dengan Jiraiya, Naruto belajar bagaimana untuk menggunakan kuasa Kyūbi dengan sesuka hatinya. Naruto perlu berada dalam keadaan minda separa-sedar (digambarkan seperti keadaan sebuah pembentungan yang gelap) dan meminta Kyūbi untuk memberikannya kuasa atau menurut Naruto "meminjamkan" kuasa kepadanya. Selalunya Kyūbi hanya memberikan sahaja kuasanya kepada Naruto kerana ia berasa kagum dengan keberanian Naruto. Ia juga tahu, sekiranya Naruto mati, ia juga akan turut mati.
Hokage Ketiga dan Kakashi pernah berkata bahawa, sekiranya Naruto hilang kawalan kepada kuasa Kyūbi ia akan menyebabkan jampi kurungan yang mengunci Kyūbi akan terlerai dan menyebabkan ia terlepas. Walaupun tanggapan bahawa tanda jampi kurungan tersebut tidak mungkin terlerai dengan sendirinya, namun kemungkinan ia boleh berlaku adalah tinggi kerana naruto sering menggunakan kuasa daripada Kyūbi. Ketika sedang berlatih dengan Jiraiya, dia tidak sengaja menyebabkan Naruto menjelma kepada bentuk "Musang Syaitan Berekor Empat". Jiraiya berpendapat bahawa berkemungkinan kuasa tanda jampi kurungan tersebut semakin berkurangan mengikut peredaran masa. Ini ditunjukkan dengan beberapa siri perubahan Naruto kepada bentuk tersebut dengan kadar yang lebih cepat dan lebih dahsyat berbanding sebelumnya. Seperti yang dilihat ketika sesi latihan Naruto, walaupun hanya dengan sedikit rasa kecewa ditunjukkan oleh Naruto, ia mampu menyebabkan kuasa Kyūbi terlepas keluar dan menyebabkan Naruto emnjelma kepada bentuk tersebut.
Kuasa Kyūbi tidak boleh dikawal dengan menggunakan Mangekyou Sharingan ketika ia masih berada di dalam badan Naruto. Walaupun begitu, pengguna Sharingan yang bagus mampu menekan kuasa Kyūbi (seperti yang dilakukan oleh Sasuke). Kuasa Kyūbi tersebut juga turut emnolak Fukasaku ketika dia cuba bersatu dengan Naruto ketika sedang melakukan latihan Senjutsu (berkemungkinan dapat disimpulkan bahawa Kyūbi tidak mahu mempunyai sebarang pilihan selain menggunakan kuasa miliknya).
Jiraiya kemudiannya menjelaskan bahawa penjelmaan Naruto kepada bentuk "Musang Syaitan Berekor Empat"' adalah berpunca daripadanya ketika dia cuba menggunakan sejenis kuncian yang hampir sama bentuk dengan jampi kurungan yang mengunci Kyūbi yang berada di perut Naruto. Jiraiya cuba mengunci sedikit kuasa tersebut, namun ia berlaku sebaliknya sehinggalah kuasa tersebut mengambil alih tubuh Naruto dan menyebabkan penjelmaan tersebut. Jiraiya juga menyatakan bahawa, Hokage keempat telah memisahkan kuasa tersebut kepada dua bahagian iaitu; Yin sebagai kuasa yang tidak dapat digunakan oleh Naruto dan Yang sebagai kuasa yang boleh dimanipulasikan oleh Naruto.
Keluarga Hyuga
Keluarga Hyuga ialah salah sebuah keluarga yang tua, kuat dan terhormat di Konoha. Keluarga ini terbahagi kepada dua bahagian - keluarga utama (宗家, Sōke) dan keluarga bawahan (分家, Bunke). Keluarga utama menguruskan keluarga Hyuga manakala keluarga bawahan berfungsi sebagai pelindung. Ahli bagi keluarga bawahan ditanda dengan tanda sumpahan. Tanda ini membenarkan ahli keluarga utama mengawal ahli keluarga bawahan kerana mereka boleh menghancurkan otak ahli keluarga bawahan dengan satu gerakan tangan. Tanda sumpahan ini menjamin keselamatan rahsia keluarga Hyuga, Byakugan kerana tanda ini mengunci Byakugan selepas ahli tersebut meninggal dunia. Terdapat banyak kepahitan dan dendam antara ahli keluarga kedua-dua bahagian ini kerana tidak kira sekuat dan sehandal mana ahli keluarga bawahan, mereka hanya berfungsi sebagai pelindung keluarga Hyuga. Sikap dan pemikiran ini jelas dilihat dalam Hizashi dan Neji.
PERHATIAN: Butiran jalan cerita yang nyata menyusul.
Keluarga Utama
Hyuga Hanabi
Merupakan anak perempuan kedua Hyuga Hiashi, maka ialah adik perempuan Hyuga Hinata. Hanabi bermaksud 'bunga api'. Apabila Hiashi berbincang dengan Kurenai tentang Hinata, dia mengatakan bahawa Hinata lebih lemah daripada Hanabi yang berusia lima tahun lebih muda. Hal ini menunjukkan bahawa Hanabi mempunyai bakat yang lebih tinggi daripada Hinata pada peringkat usia tersebut. Hanabi kelihatan sangat menurut kata dan pendiam di hadapan ayahnya.
Hyuga Hiashi
Merupakan saudara kembar kepada Hyuga HIzashi tetapi dilahirkan dahulu. Maka, Hiashi dimasukkan ke dalam keluarga utama.
Hiashi mempunyai dua orang anak perempuan, Hyuga Hinata (anak sulung) dan Hyuga Hanabi (anak bongsu). Hinata, sebagai anak sulung, ialah waris kepada Keluarga Hyuga. Tetapi, Hiashi lebih menyayangi Hanabi kerana dia lebih kuat daripada kakaknya. Apabila Hinata menjadi Genin, Hiashi mengatakan bahawa Hinata tidak bernilai dan meletakkan nyawanya dalam tangan Yuhi Kurenai. Dia juga meletakkan tanda sumpahan pada dahi anak saudaranya, Hyuga Neji.
Apabila Hiashi membunuh seorang shinobi dari Kumogakure yang cuba menculik Hinata untuk memperoleh rahsia Byakugan, Kumogakure meminta badan Hiashi sebagai 'ganti rugi' seperti yang dinyatakan dalam rundingan keamanan. Adik Hiashi, Hizashi, menawarkan diri untuk dibunuh lantas menyelamatkan nyawa abangnya. Hiashi tidak menyetujui Hizashi mengorbankan dirinya dan meninggalkan anak lelakinya keseorangan. Tetapi, Hizashi memengsankan Hiashi dengan satu pukulan dan berkata, "Saya tidak melakukan ini sebagai ahli keluarga bawahan tetapi kerana kita adik-beradik." Hiashi kemudiannya bercadang untuk tidak memaklumkan Neji tentang peristiwa sebenar sehinggalah apabila dia berasa Neji sudah cukup tua untuk menerima hakikatnya. Hiashi memberitahu perkara yang sebenarnya selepas kekalahan Neji kepada Uzumaki Naruto dalam Ujian Chunin.
Hiashi turut membantu mempertahankan Konoha semasa diserang oleh ninja dari Sunagakure dan Otogakure. Dia menghadang semua ninja lawan yang berani mendekatinya. Kemudian, dia mengatakan bahawa keluarga Hyuga ialah keluarga ninja yang terkuat di Konoha. Sebelum itu, ninja-ninja lawan tidak percaya bahawa Hiashi seorang mampu menewaskan mereka yang hadir dalam bilangan yang besar.
Hiashi sedar bahawa hubungan silaturahim yang rapat antara ahli keluarga adalah penting bagi menjamin perpaduan keuda-dua bahagian dalam keluarga Hyuga. Dia berkeputusan untuk melatih anak saudaranya, Neji. Sehubungan itu, Hiashi telah melanggar pantang larang dalam keluarga Hyuga iaitu tidak membenarkan ahli keluarga bawahan mempelajari rahsia sebenar keluarga Hyuga.
Hubungannya dengan Hinata juga bertambah baik walaupun Hinata masih bersikap malu dan Hiashi masih terlalu tegas terhadap anaknya.
Hyuga Hinata
Keluarga Bawahan
Hyuga Hizashi
Merupakan ayah Neji dan saudara kembar Hiashi. Oleh sebab dia dilahirkan kemudian, Hizashi diletakkan dalam keluarga bawahan Hyuga.
Disebabkan anak Hizashi, Neji merupakan ahli keluarga Hyuga yang terhandal tetapi berada dalam keluarga bawahan, Hizashi berasa agak tertekan. Dia amat mengambil berat terhadap abangnya tetapi pada masa yang sama berasa marah kerana ketidakadilan peraturan keluarga Hyuga. Apabila Neji dan Hinata sama-sama membesar, hubungan antara Hiashi dengan Hizashi kian rapuh kerana Hizashi berpendapat bahawa Neji, sebagai ninja paling berbakat dalam keluarga Hyuga pada usia muda sedemikian tidak akan berpeluang memimpin keluarga Hyuga kerana Neji ialah ahli keluarga bawahan. Apabila Hiashi menyedari perasaan dan fikiran adiknya, Hiashi membangunkan tanda sumpahan Hizashi dan hampir-hampir membunuh adiknya.
Apabila Hiashi membunuh ketua shinobi dari Kumogakure, mereka meminta badan Hiashi sebagai ganti rugi seperti yang dinyatakan dalam rundingan keamanan. Hizashi menawarkan diri untuk dibunuh sekaligus menyelamatkan nyawa abangnya. Dia berbuat begitu kerana menyayangi abangnya dan tidak memandang berat kepada status dan nama. Dia meninggalkan sepucuk surat kepada Neji yang memesan anaknya agar tidak sesekali berputus asa dalam mengubah nasib sendiri.
Sejarah keluarga naruto
Sejarah Keluarga Naruto Uzumaki
Bagi teman-teman yang juga suka banget ama Naruto, nih aku ada kisah Naruto dan biografi hidupnya. Naruto dilahirkan pada 10 Oktober, tahunnya tidak diketahui. Asal usul ibu bapak dan saudaranya yang lain masih merupakan misteri. Sejak dilahirkan lagi, syaitan musang berekor sembilan, Kyubi no Yoko yang cuba membinasakan Konoha dikurung dalam badan Naruto oleh AYAHNYA HOKAGE KE EMPAT. Ayah Naruto Namikaze Minato merupakan Hokage generasi keempat manakala ibunya bernama Uzumaki Kushina. Naruto mempunyai wajah seiras ayahnya manakala sifatnya lebih serupa dengan ibunya yang merupakan seorang tomboy ketika kecil sebelum menjadi wanita cantik ketika dewasa.
Hokage Keempat berhajat agar orang kampung melihat Naruto sebagai seorang wira yang terpaksa memendam Kyubi. Malangnya, seluruh warga kampung menaruh kebencian dan kemarahan yang marak terhadap si kecil Naruto karena Kyubi pernah mengacaukan ketenangan Konoha. Malah Naruto sendiri tidak mengetahui kewujudan makhluk tersebut dalam dirinya sehingga dia mencecah usia dua belas tahun.
Uzumaki Kushina, adalah ibu Naruto.
Mujurlah Naruto berpeluang mengenali seorang guru yang penyayang lagi berdedikasi di akademi yaitu seorang ninja Chunin, Umino Iruka. Walaupun orang tua Iruka mati dalam tangan Kyubi, Iruka tidak menyalahkan Naruto. Iruka menerima Naruto dan bersimpati terhadap niat Naruto untuk dikenali oleh orang kampung. Iruka mungkin merupakan orang pertama yang benar-benar mempercayai Naruto dan meninggalkan impak besar terhadapnya. Naruto akhirnya berjaya mengatasi perasaan sedih dan sunyi kerana kehadiran Iruka sebagai pengganti ibu bapaknya.
Sebelum tamat pengajian di Akademi, Naruto telah lama mengimpikan dirinya dikenali dan diterima orang banyak. Dia akan bermain dan bergurau di seluruh kampungnya untuk menarik perhatian. Pernah juga Naruto menconteng grafiti pada muka monumen Hokage dengan cat dan merupakan dirinya sebagai gadis seksi yang tidak berpakaian untuk menimbulkan kemarahan guru-guru. Naruto juga memaklumkan kepada mereka yang memandang rendah terhadapnya bahwa dia akan menjadi Hokage suatu masa nanti. Setelah tamat pengajian, Naruto akhirnya dicam sebagai “Ninja Bising, Mustahil untuk Dijangka dan Hiperaktif Nomor Satu” di Konoha oleh Hatake Kakashi.
Sikap gigih dan tidak mudah mengalah menyebabkan Naruto berjaya mempengaruhi watak-watak lain di sekelilingnya. Pada mulanya, Naruto bersahabat dengan Konohamaru, cucu Hokage Ketiga. Konohamaru akhirnya memahami bahwa yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang dan sesungguhnya usaha itu tangga kejayaan. Walaupun tampak dekil dan sedikit bodoh, Naruto boleh mengalahkan pihak lawan melalui semangat yang kental, teknik mengalih perhatian lawan yang bijak dan nasib baik semata-mata.
Naruto suka bergurau walaupun kadang kala gurauannya mengandungi elemen yang tak lucu. Biasanya, Naruto sering ketawa dan senyum (pada sesetengah ketika, Naruto senyum untuk menyembunyikan masalahnya; hanya mereka yang benar-benar rapat dengannya boleh mengetahui perasaan sebenarnya Naruto). Dari segi luaranya, Naruto hanyalah seorang budak yang tidak menonjol, bising, panas baran, mempunyai jiwa kental dan selalu terlibat dalam masalah.
Salah satu dari pada hobi Naruto ialah berkebun walaupun Naruto tidak dapat membesarkan herbal dari rumpai (disiarkan dalam episode 20). Naruto juga menghadiahi Kakashi Mr. Ukki, tumbuhan pasu yang boleh dilihat di tepi tingkap Kakashi.
Naruto mengunakan Rasengan.
Naruto juga menjadi matang dengan cepat sejajar dengan perkembangan cerita tetapi masih kebudak-budakan dari segi pemilihan aksesori. Pakaian tidurnya selalu diiringi dengan topi malam yang dihiasi sepasang mata dan gigi. uangnya disimpan di dalam dompet hijau berupa katak yang dipanggil Gama-chan.
Naruto suka makan dan mempunyai selera seperti Akimichi Choji. Makanan kegemaran Naruto, ramen seolah-olah bertindak sebagai penghubung antara Naruto dengan siapa yang sudi membayar bil nanti. Dalam banyak episode, dilihat Naruto boleh menghabiskan beberapa mangkuk aneka rasa ramen.
Musang Berekor Sembilan.
Sebagai perumah bagi setan serigala, Kyubi, tubuh dan minda Naruto kadang kala dipengaruh olehnya. Secara fisik, Naruto mempunyai sedikit ciri-ciri Kyubi seperti tanda di pipinya. Matanya juga sipit seperti serigala. Naruto memiliki stamina dan daya pemulihan yang tinggi yang membolehkan Naruto sembuh daripada kecederaan parah dalam sehari dua dan luka kecil dalam beberapa saat. Memandangkan Kyubi telah dikurung dalam Naruto sejak bayi, adalah tidak diketahui sejauh mana personaliti Naruto dipengaruhi oleh Kyubi. Namun, terdapat kemungkinan bahwa Kyubi menyebabkan Naruto sangat nakal dan suka membuat kesal orang lain untuk mendapat perhatian dan untuk tidak mengaku kalah dalam setiap pertarungan.
Tahap cakra Naruto adalah sangat tinggi karena Kyubi. Ebisu pernah menyatakan bahwa daya pengawalan cakra Naruto adalah lemah karena sebagian dari cakranya digunakan untuk membendung cakra Kyubi yang terlalu kuat (cakra Kyubi yang luar biasa ini boleh membahayakan Naruto jika dibebaskan dengan terlalu banyak). Kakashi pula mengatakan bahwa kekuatan kyubi lebih kuat dari kekuatan Naruto sendiri. Maka, Naruto amat sesuai mengendalikan jurus yang memerlukan banyak cakra seperti ‘Teknik Pengagihan Bayang’ (Kage Bunshin no Jutsu). Ninja lain dapat menghasilkan beberapa klon saja dengan sempurna karena jurus ini menghendaki penggunanya membagikan cakranya dengan tepat kepada klon-klon yang dihasilkan, berlainan pula dengan Naruto yang mampu menghasilkan 2000 klon dan pada masa yang sama, membekalkan sejumlah cakra yang mencukupi kepada setiap klon.
Cakra Kyubi selalu menjadi lebih nyata apabila Naruto menghadapi saat-saat genting untuk memastikan Naruto (dan juga Kyubi sendiri) dapat terus hidup. Kemudian nanti, Naruto berupaya menghubungi Kyubi dan meminta cakranya. Hal ini karena Kyubi dikurung dalam badan Naruto, cakranya masih boleh mengalir keluar untuk bersatu dengan cakra Naruto. Tambahan pula, kekuatan cakra Kyubi yang hampir dalam menyebabkan Kyubi merupakan senjata terunggul bagi Naruto dalam pertempuran yang sengit. Apabila Naruto menggunakan cakra Kyubi, ketangkasan dan kekuatannya meningkat secara mendadak. Kadang kecederaannya pulih turut meningkat. Oleh sebab staminanya berlipat ganda, Naruto boleh terus melawan tanpa merasa letih. Naruto biasanya boleh memendamkan cakra Kyubi sebelum transformasi ekor berlaku. Seandainya hal itu terjadi, cakra Kyubi akan menjadi lebih nyata dengan masa. Beberapa boleh dilakukan untuk memendamkan semua cakra Kyubi seperti jampi pengurung Jiraiya atau teknik mengurung Yamato.
Apabila Naruto mula-mula menggunakan cakra Kyubi, Naruto belum mampu mengawalnya menyebabkan kemarahan di dalamnya menguasai minda Naruto. Lama kelamaan, Naruto berupaya mengatasi masalah tersebut. Tetapi, jika emosinya terganggu, Naruto mungkin akan menggunakan lebih banyak cakra menyebabkan Kyubi menguasainya dirinya semula.
Naruto menewaskan Kabuto dengan jurus Rasengan.
Naruto menjadi lebih berkuasa dengan pertambahan bilangan ekor perisai cakra Kyubi ( sebagian hanya bisa dilihat di manga japan). Sehingga ekor yang ketiga, Naruto masih belum ada tetapi tindakannya lebih buas. Dia mula merasakan kesakitan sebagai akibat kekuatan cakra yang terlalu besar. Apabila Naruto mencapai tahap ‘empat ekor’, Kyubi mendominasi. Kekuatan Naruto bercampur dengan kekuatan Kyubi. Bagi orang lain yang menyaksikan perubahan ini, Naruto kelihatan seperti mini-Kyubi.
Cakra Kyubi adalah jauh lebih kuat dan bahaya daripada chakra manusia biasa. Apabila Naruto menggunakan cakra Kyubi, tubuh asalnya menjadi kian lemah. Pada peringkat ‘empat ekor’, cakra Kyubi terlalu hebat sehingga mampu membakar kulit Naruto menyebabkan darah mengalir dari tiap liang roma. Sementara itu, cakra Kyubi sentiasa memulihkan semua badan rusak Naruto. Kita dicederakan-dan-dipulihkan-semula melemahkan Naruto dan secara alamiah memendekkan jangka hidup Naruto. Wah sedih banget yah, kasihan banget si Naruto. Ada teman-teman yang minta kisah Naruto dan inilah dia, semoga kalian puas. Bersumber dari Wikipedia dan pengalaman saiya sendiri. Tingkiu…!
New
About Me
Followers
Text
Text
Popular Posts
-
BIOGRAFY BASA SUNDA Oleh sonowae Biografi RA Kartini Nami : Raden Ajeng Kartini Lahir : Jepara, Jawa Tengah, tanggal 21 April 1879 Pupus : T...
-
A. Pengertian Pasar Modal Pasar modal pada hakekatnya adalah pasar yang tidak berbeda jauh dengan pasar tradisional yang selama ini kita ken...
-
Pokémon Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas Langsung ke: navigasi , cari Logo resmi Pokémon ...